PENGENALAN

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya kami dapat berbakti kepada masyarakat khususnya kepada perawat-perawat perubatan Islam/perubatan alternatif seperti bekam dan urut yang mana sebelum ini ia di dominasi oleh orang bukan Islam dalam khidmat rawatan alternetif islam.
Kami juga akan sentiasa berusaha untuk menjadi perawat terbaik dengan memberi perkhidmatan paling memuaskan dengan kualiti dan harga yang berpatutan. 
Kami membuat perkhidmatan Bekam Rumah Ke Rumah Atau anda boleh merawat di Pusat Rawatan kami di Bazaar As Syarif, Meru, Klang. ( Seeloknya sebelum datang ke Pusat rawatan kami... booking terlebih dahulu.. takut datang penuh.. 😊 )



APA ITU BEKAM?

Mukaddimah
Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya".


Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah/Bekam".(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)


Bekam (Al Hijamah)
Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"( "Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".


Kebaikan Berbekam
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.-Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam,Membantu memulihkan ketegangan urat      leher,belikat, pinggang dan urat sendi di kaki,-Membantu mencegah kebas kaki dan membantu  meredakan serangan angin ahmar.-Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan  peredaran darah yang tersumbat-Membantu meringankan tubuh. Darah kotor  yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa  berat dan malas.-Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan  kabur-Membuang darah bertoksik.-Membuang segala gangguan makhluk halus.

Penyakit yang boleh di ubati dengan Bekam :Migrain, Sakit Pada Kepala,Sinusitis/Alergic,Masalah Pada Mata,Kolestrol Tinggi,Masalah Angin,Masalah Sakit Gigi,Masalah Asthma/lelah dan paru paru,Batuk,Hati/Liver/Hepatitis,Pundi Hempedu,Pankreas/Diabetis, Masalah Sakit Pinggang,Masalah Lengoh Paha/Betis,Buasir,Masalah Kaki Kebas,Sakit Tumit,Masalah Sakit Jantung,Masalah senggugut/Haid, Lenguh Pada Bahu,Betis,Batukarang,Sembelit,Sakit lutut, Sakit Kepala/Jerawat Banyak,Lemah Tenaga Batin,Stroke, Masalah Buah Pinggang,SIHIR dan lain lain masalah penyakit.






Untuk membuat sebarang tempahan dan pertanyaan sila KLIK DISINI untuk terus whatsapp kami.


whatsapp : 014-9880731 En. Azmi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular