Khamis, 31 Ogos 2017

Rawatan Reflexologi, Bekam Al Baiti Meru, Klang



Pengenalan

Definisi 
Refleksologi merupakan suatu bidang kajian dan amalan untuk perawatan yang menggunakan “reflex points” dan kawasan-kawasan tertentu, di tapak kaki, tapak tangan dan telinga yang dikaitkan dengan bahagian-bahagian badan yang tertentu. Ia menggunakan teknik yang memerlukan pergerakan tangan dan jari yang jitu untuk meningkatkan peredaran darah dan tenaga, merangsang ketenangan dan mengaktifkan homeostasis.

Konsep Perawatan 
Refleksologi merupakan satu bentuk rawatan tambahan kepada rawatan perubatan alopati sedia ada yang diterima oleh sesorang pelanggan tersebut. Ia tidak sepatutnya digunakan sebagai satu-satunya bentuk rawatan yang diterima atau diambil oleh pelanggan

Objektif Rawatan 
Objektif rawatan adalah untuk mendapat kesan terapeutik dengan meningkatkan aliran darah dan tenaga, merangsang ketenangan dan mengaktifkan homeostasis. Kesan terapeutik ini akan merangsang badan pelanggan itu sendiri untuk menyembuh dan mengelakkan masalah kesihatan.

Kelebihan rawatan

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda


Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.

Jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit. Biasanya pakar urutan ini dapat meneka penyakit yang dialami kerana titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.


Untuk Maklumat lanjut TEKAN logo Whatsapp untuk direct Whatsapp Kami







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular